Bakal pemimpinku, saya tak tahu siapa awak, saya tak tahu dekat mana awak sekarang, mungkin saya kenal mungkin juga saya belum kenal, tapi siapa pun awak, mana pun awak tinggal, kalau AWAK lah bakal imam saya, saya akan terima awak seadanya tidak kira darjat mahupun pangkat.. semoga awak bakal memimpin saya hingga ke syurga sana

salam buat sahabatku

Angin bayu berlalu pergi,
Aku di sini terus menanti,
pergiNya angin tanpa tujuan,
bagai si dedaunan yang ditampar lembut
terus mencari teman untuk mengadu...

Aku bukannya seorang yang hebat,
seperti TSUNAMI yang menggegarkan
Banda Acheh, aku juga bukan teguh, seperti masjid Al-Aqsa,
yang hingga kini terus ingin ditawan, aku
bukan lagi gagah, bagai taufan katrina yang menumpaskan benteng
kekuatan Bush kerana......
AKU SEORANG YANG LEMAH,
Masih memerlukan seorang teman
seperti Adam yang memerlukan Hawa,
Muhammad yang mendambakan Khadijah,
Ali yang merungkai kasih Fatimah,
Aku juga seperti mereka....
Perlukan seorang insan bernama
Sahabat.....

Sahabat..
Hatiku gundah di saat kau tiada,
Hatiku merana di saat kau merintih,
Hatiku riang bukan kepalang di saat
Kau ketawa.... Sahabat, kau sabar
melayani rengekanku, mendengar
luahan hatiku, itu dan ini, kau tidak
mengeluh malah kau tersenyum
gembira di hadapanku, semata-mata
nilai persahabatan yang indah, bagai
Abu Bakar dan Muhammad.....


Sahabat...
di saatku bertanya kepadamu,
”apa itu erti persahabatan?”
Tiada jawapan yang terbit di bibirmu,
yang sering dibasahi dengan kalimah
Allah, aku hairan insan yang selama ini
sering mengajarku erti sahabat,
kini.... kehilangan kata-kata untuk
mentafsirkan persoalan yang merancau fikiranku...

Termenung, terpaku, terpegun,
Terkesima, mahupun tergamam
Akhirnya... persoalan terjawab...

Sahabat...
Matamu menunjukkan keikhlasanmu,
menghulurkan kasih,
kerdipan matamu merungkai
persoalan di hatiku, senyumanmu
menggambarkan ketulusan jiwa
sahabat yang engkau lakarkan
buatku, pelukan kasihmu yang erat
itulah.... yang mentafsirkan
1001 erti persahabatan yang paling
bermakna.... sahabat....
KAU YANG KU SAYANGI...............

No comments:

Post a Comment